Pengenalan & Objektif

Pengenalan

 Koperasi Generasi Kuala Lumpur telah ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera di dalam bidang perniagaan dan meningkatkan lagi produktiviti golongan bumiputera dalam industri barangan dan perkhidmatan di negara ini. Ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat dengan adanya barangan dan perkhidmatan yang mempunyai mutu dan berkualiti di dalam pasaran.

Fungsi utama Koperasi ini adalah Perkhidmatan. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran masa kini, Koperasi kami menawarkan aktiviti perniagaan seperti pemasaran, kontrak pencucian bangunan, penganjur acara atau program promosi, membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, mengadai dan memiliki harta boleh alih dan tidak boleh alih. Dengan aktiviti perniagaan ini Koperasi dapat memberikan sumbangan kepada ekonomi anggota Koperasi dan negara.

Objektif



 Memberikan kemudahan dan perkhidmatan kepada orang bumiputera dan bukan bumiputera yang terdapat di negara ini dan seterusnya dapat bersaing di peringkat global bagi memajukan dan menigkatkan lagi taraf industri bumiputera yang lebih efektif dan berdaya saing.

Motto


“Telus, Berkualiti dan Terbaik”