Profail

Koperasi Generasi Kuala Lumpur Berhad merupakan sebuah Koperasi asas dengan liabiliti terhad, di daftarkan di bawah SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA dengan nombor pendaftaran W-4-0830 dan No. Rujukan : SKM.IP(PEND)W-773/(1)

Koperasi Generasi Kuala Lumpur Berhad merupakan sebuah Koperasi yang menjalankan perniagaan membekal, menyediakan dan menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran masa kini.

Diantara barangan dan perkhidmatan kami adalah membekalkan bahan bacaan dan alatulis, peralatan dan pakaian sukan / riadah, cenderamata dan hadiah, menyediakan tenaga pengajar bagi program / kursus tertentu dan pemasaran. Kami menjanjikan kualiti barangan dan perkhidmatan yang terbaik bagi menjalinkan hubungan perniagaan yang berpanjangan dengan pelanggan.